Posts

Showing posts from November, 2025

PASTIKAN KEMENANGAN GRS/PH DAN SEKUTUNYA DEMI MENERUSKAN PEMBANGUNAN N56 TANJUNG PAPAT DAN NEGERI SABAH PADA KESELURUHANNYA

Image
Rakyat N56 Tanjung Papat: Pilihlah Kepimpinan Yang Mampu Menjamin Kesinambungan Pembangunan Kita di Tanjung Papat sedang berada di titik penentu untuk menentukan hala tuju masa depan kawasan kita. Segala pembangunan yang sedang dinikmati hari ini—jalan raya yang dinaik taraf, kemudahan awam yang dipertingkatkan, sokongan kepada belia serta usaha memajukan ekonomi setempat—bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil pentadbiran yang stabil dan perancangan yang berterusan. Di sinilah kita mesti tegas: hanya Gabungan GRS bersama rakan strateginya, Pakatan Harapan, telah membuktikan kemampuan dan kesungguhan untuk menunaikan agenda pembangunan rakyat. Rekod kerja mereka jelas, konsisten dan memberi manfaat nyata kepada masyarakat. Jangan biarkan pembangunan terhenti kerana memilih pihak yang hanya hadir dengan retorik dan janji manis. Masa depan Tanjung Papat bergantung kepada kebijaksanaan rakyatnya. Pilihlah kesinambungan. Pilihlah gabungan yang stabil, berprestasi dan mampu deliver...